"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakaman Audio:Tembelang Talibarut UMNO Dalam PAS Akan Terburai / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

ramziredang

Sangat menarik dan mendebarkan bila baca artikel Al Banjari tentang pertemuan tertutup antara blogger di kediaman Dr Hassan Ali. Antara yang diberitahu turut hadir adalah Timbalan Presiden PAS. Tentunya pertemuan yang berlaku dua tiga hari lepas ini bakal meledakkan satu lagi kontroversi maha hebat dalam episod tuduh menuduh 'talitbarut UMNO di dalam PAS'. Isu ini juga pada pandangan saya akan membawa segala pertikaian yang berlaku selama ini ke titik kemuncak.

Akan pasti ada tuduhan dan akan ada pula penafian. Namun sebagaimana pengakuan penulis dalam laman al banjari bahawa pihaknya ada menyimpan rakaman audio, maka sudah pasti rakaman audio ini sangat dinantikan oleh sesiapa sahaja.

Anda boleh membaca artikel tersebut dihttp://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Rakaman audio ini memang patut disebarkan supaya segala kebenaran dapat didengar dan dinilai sendiri oleh orang ramai.

Mungkin selama ini orang akan mengaitkan penulis artikel dengan berbagai tohmahan. Jadi tentunya rakaman audio tersebut akan dapat dibandingkan antara tulisan para blogger dengan kebenaran audio tersebut. Rakaman ini juga akan dapat membuktikan bagaimana sesuatu fakta diputarbelit atau dilaporkan secara ikhlas oleh blogger. Kita akan dapat kenalpasti secara jelas blogger mana yang mempunyai hati yang suci dan hati yang busuk dan penuh khianat.

Sama samalah kita nantikan kemunculan rakaman audio tersebut.

Tiada ulasan: