"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesyuarat di reban ayam

Minggu lalu aku bercerita tentang bagaimana aku menerima surat daripada mendiang Teoh Beng Hock.

Ramai orang kurang yakin tentang apa yang aku suarakan. Banyak maki hamun dan sumpah seranah yang aku terima.

Malah aku juga menerima satu teks sms dari Yang Berhormat Teluk Kemang. Si YB ini juga turut marah kerana aku datang ke Teluk Kemang tanpa memberi telur ayam dan daging salai untuk sang penunggu hutan bakau dan kubur panjang di Tanjung Tuan.

Kutukan dan cemuhan ini menyalahkan aku kerana kenapa baru sekarang surat ini aku umumkan. Kenapa ia tidak aku hebohkan apabila menerimanya seminggu setelah Teoh mati.
Kenapa menunggu sampai setahun baru aku membocorkan kandungan surat itu? Semua tuduhan ini memang berasas. Tetapi biar aku terangkan sejujur mungkin.

Aku membuka kisah ini setahun kemudian kerana inilah yang diminta oleh mendiang Teoh. Aku tidak berani melanggar wasiat dan permintaan orang yang telah meninggal dunia. Aku takut kena sumpah. Nanti aku dimakan sumpah.

Sebenarnya kutukan yang sampai bertalu-talu ini membuat aku sedih dan pilu. Berderai-derai air manik menikam kalbu.

Jadi biarlah aku bukakan semua isi kandungan surat si Teoh ini untuk tatapan orang ramai. Hendak-hendaknya dengan isi kandungan surat ini pembaca yang budiman dapat mengenal yang mana satu Mutu dan yang mana satu Raj Gopal. Kalau simpati datang - aku berterima kasih. Kalau cek dan duit sampai lagi kuat aku berterima kasih.

Inilah surat Teoh Beng Hock yang aku temui dalam botol di Teluk Kemang:

Ke hadapan kekandaku yang sentiasa adinda ingati,

Limau purut lebat dipanggal
Sayang selasih dinda lurutkan
Sepak di perut tempeleng di akal
Leher dicekik bukti parutnya

Kekanda,

Adinda berharap warkah ini hendaknya akan bertemu dengan kekanda dalam keadaan sihat walafiat.

Kekanda pasti terperanjat apabila menerima warkah dari adinda ini. Kekanda akan lebih terperanjat kerana warkah adinda ini tidak datang melalui pos.

Biar adinda terangkan di sini bahawa sejak pejabat pos kita diswastakan adinda tidak lagi menggunakan khidmat pos. Biarlah air liur dan lidah adinda ini digunakan untuk pekara yang menyoronokan dari menjilat setem syarikat kroni.

Di sini ingin adinda memberi pengetahuan kepada kekanda bahawa telah ada satu konpirasi untuk menjatuhkan kerjaaan Selangor di bawah pimpinan Tun Seri. Ingin adinda maklumkan bahawa adinda telah dijemput dalam satu mensyuarat sulit. Sebenarnya adinda tidak sepatutnya di jemput tetapi telah berlaku kesilapan.

Sang konspirasi telah tersilap hantar sms. Sms ini bukan untuk adinda tetapi untuk seorang Datuk yang juga bekas seorang pakar motivasi. Tidak tahu macam mana silapnya sehinggakan sms ini sampai kepada adinda. Kerana sms ini datang berkali kali maka adinda pun terimalah jemputan ini.

Mesyuarat ini begitu sulit sekali. Adinda telah diminta memakai topeng 'Herman Monster'. Mesyuarat ini berlangsung dalam sebuah reban ayam yang adinda sendiri tidak tahu di mana.

Cara kami datang ke tempat ini cukup sulit. Adinda diminta datang ke Sentul, di mana adinda telah dibogel dan diberi topeng dan pakaian baru. Telefon bimbit diambil. Kemudian adinda dimasukkan ke dalam sebuah van roti dan dibawa berpusing-pusing selama satu jam. Bila van berhenti adinda telah berada di dalam sebuah reban ayam yang agak besar. Ketika itu semua ayam sedang tidur.
Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: