"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Berahim Ali digelar katak?

notan

Assalamualaikum,,..
Berahim Ali awalnya dipanggil katak(kalau tak silap Berahim endorse panggilan ini) sejak dia keluar dari S46 dan gelaran yang diberikan ini adalaah gelaran yang universal, bukannya diberikan oleh ahli PAS.Ini bermakna panggilan katak kepada Berahim tidak ada kena mengena dengan akhlak orang PAS.Pelik juga difikirkan Berahim masih dipertahankan dan pelik juga gelaran katak dianggap kasar walhal gelaran ini bukanlah kasar seperti natang Derih Jusoh.

Katak pula adalah sejenis binatang yang tidak menyebabkan kesulitan kepada kehidupan manusia tetapi habitatnya yang suka melompat itu diambil untuk menggambarkan kegemaran Berahim Ali bertukar parti dan ideologi politik.,ianya tidak kasar dan tidak langsung menunjukkan kelemahan akhlak orang PAS yang memanggil Berahim sedemikain rupa.selain itu, agak janggal untuk mengatakan Berahim Ali tidak berbalah atau bertembung secara langsung dengan PAS sedangkan Berahim Ali mengkianati pengundi pengundi PAS di Pasir Mas apabila menang atas tiket PAS tetapi kemudiannya cuba menikam PAS dari belakang dan Kemunculan PERKASA adalah bukti jelas bagaimana Berahim mahu menikam PAS dari belakang.

Berahim Ali mungkin tidak sampai kepada tahap kejahatan beberapa pemimpin UMNO terhadap PAS, tetapi kita harus sedar, Berahim Ali merupakan satu satunya bekas pemimpin UMNO yang diangkat semula oleh PAS semata mata untuk dia mengkianati kepercayaan yang diberikan oleh PAS.Jadi ingin penulis lontarkan soalan, mana yang lebih jahat, orang yang mengkianati kita seperti Berahim Ali atau orang orang yang celupar seperti Derih jusoh dan ZAM?

Penulis agak hairan dengan tujuan orang orang yang cuba mempertahankan Berahim Ali dengan erti kata mahukan PAS bertolenransi dengan Berahim sipengkianat dan lebih pelik apabila perkataan 'KATAK"dianggap kasar sedangkan gelaran KATAK yang diberikan kepada Berahim itu sesuai dengan perangai dia bertukar parti dan ideologi politik.Tidak ada langsung unsur kasar atau kesat dalam perkataan KATAK itu.

Lebih memeranjatkan lagi kalau ada yang tidak faham kenapa Berahim kini digelar RAJA KATAK pada ketika ramai KATAK KATAK yang sedang mewarnai politik tanah air.Berahim mendapat penghormatan RAJA KATAK kerana dia merupakan KATAK pertama yang lahir dalam politik negara dan dia bukan sekali melompat tetapi berkali kali termasuk lompatan terbarunya dengan PERKASA yang semua sudah maklum merupakan lompatan kembali ke "PAYA" untuk kali entah keberapa.

KATAK bukan perkataan kasar dan bukan juga boleh digunakan sebarangan, hanya untuk individu individu politik tertentu sahaja yang layak dipanggil KATAK sementara individu politik lain yang tidak mempunyai ciri ciri katak tidak layak dipanggil KATAK walaupun jahat manapun mereka,barangkali gelaran yang sesuai digunakan untuk individu individu katogeri ini ialah KOROK(KOROK DARI BESUT UNTUK DERIH JUSOH)

Tiada ulasan: