"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ZAM dan Sekeping Gambar Usang.

Tok Pepijat

Seperti yang dijangkakan Bekas Menteri Penerangan dan mantan pembesar media barua Utusan, Zainuddin Maidin (ZAM)mempertahankan tuduhan jahatnya terhadap PAS.Itu tidak menghairankan. Semua umat Islam di Malaysia tahu itulah kerja ZAM dulu, kini dan selamanya. Hentam Islam dan PAS. Kerja dia.

Jika dahulu semasa beliau pegang Utusan dan Kementerian Penerangan, propaganda dakyah UMNO digunakan 100% untuk menyerang dan mengfitnah PAS, kini modalnya sekadar "sekeping gambar usang" yang bisu. Lebih malang lagi watak yang didakwanya memberitahu tentang "kenyataan "pemimpin PAS itu sudah jadi arwah iaitu Tunku Abdul Rahman.

Jika dahulu ZAM gunakan suratkhabar, TV dan Radio pun rakyat tidak mempercayainya, apatah lagi modalnya kini sekeping gambar yang usang lagi bisu.

Bahkan jika saman PAS dibawa dalam mahkamah, adakah Hakim terima gambar usang ini sebagai bukti? Hanya Hakim "Hacks" barangkali terima bukti ini. Malangnya Hakim "Hacks" ini juga sudah jadi mendiang!

Dibimbangi diambang sore usia ZAM, beliau membawa gambar usang ini kemana-mana sambil menunjuk-nunjuk kepada orangramai di jalanan agar mempercayai kata-katanya.

Semasa diwawancara oleh Al Jazeera, ZAM menyebut perkataan "Erection" ganti "Election". Mungkin jika Al Jazeera mewawancaranya kali ini, perkataan "PICTURE" (gambar usang) dikatanya pula " FUTURE".

Tuhan Maha Adil. Dipanjangkan umur Mahathir dan ZAM untuk menyerlahkan lagi kebodohan dan kejahilan mereka berdua hingga menyampah dan meluat rakyat melihat dan mendengar namanya. Itulah hukuman untuk mereka yang kerjanya menghina Islam dulu, kini dan selamanya. Elok juga kisah "ZAM dan Gambar Usangnya" difilemkan. Hishamudin Rais calon terbaik jadi Directornya. Mesti box office filem itu!

http://tokpepijat.blogspot.com

Tiada ulasan: