"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AJK masjid dikunjungi MP PKR Selayang mungkin digantung

MP Selayang William Leong
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mungkin akan menggantung jawatankuasa pengurusan Masjid at-Taqwa ekoran tindakan mereka membenarkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dari PKR berada di ruang solat masjid itu bulan lalu.

Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.

“Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.

“Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.

“Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu,” katanya.

Laporan minggu llau menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.

“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.

“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.

Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.

Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.

Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.

“Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: