"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupanya Najib selalu ke luar negara untuk ‘membeli’ pujian pemimpin dunia

SERONOKNYA! Rupanya Najib selalu ke luar negara untuk ‘membeli’ pujian pemimpin duniaPara pemimpin di serata dunia sering memuji Malaysia tetapi siapakah yang membayar harganya?
Perdana Menteri Britain, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, tanpa sedikitpun rasa malu memuji kerajaan Malaysia.

Amerika Syarikat baru-baru ini juga telah memuji Malaysia semasa lawatan Setiausaha Negaranya yang menggantikan tempat Barack Obama.

Pihak Australia juga begitu lembut lidah mereka pada baru-baru ini, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang Senator Australia yang prihatin mengecam kelalaian kerajaan Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab ke atas hak asasi manusia.

Tetapi mengapa semua pemimpin-pemimpin kerajaan sering memuji Malaysia sekarang? Kenpa tidak? Ini terutama sekali apabila mereka gembira dengan janji-janji Najib untuk memberi mereka wang berjuta-juta Euro dan Dolar AS.

Oleh itu, Malaysia mengambil kesempatan mencari jalan dan cara-cara untuk memperkayakan kesemua negara-negara maju yang pastinya bimbang akan puting beliung krisis kewangan yang kelihatan seperti muncul di kaki langit.

Jadi hanya dengan Najib memberi peluang perniagaan dan pekerjaan yang menarik, pemimpin-pemimpin ini telah memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga dan membisu di atas realiti yang berlaku di negara kita.

Dari pujian sebagai "negara sederhana" kepada "kepimpinan makmur" Najib terus mengukir imej global untuk dirinya sendiri. Nah, tiada apa yang salah dengan itu - nanti kita dituduh cemburu terhadap ‘kejayaannya’ pula.

Tetapi apabila keadaan dalam negara kucar-kacir dan tidak dapat disorokkan lagi dengan bukti-bukti pelanggaran hak asasi manusia, politik peminggiran dan menghina agama lain, kita mempunyai alasan untuk mengemukakan soalan dan mencabar mereka.

Soalan untuk muhasabah diri

Adakah pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan UK lupa bahawa seorang warga Mongolia telah dibunuh di sini dengan cara yang amat kejam dan belum lagi ada negara yang dapat menandingi kes ini dimana buat pertama kalinya merekodkan pembunuh tanpa pembunuh dan motif?

Adakah pemimpin-pemimpin ini lupa bagaimana orang awam telah dipukul, ditangkap dan dihalau dengan kejam apabila mereka berkumpul secara aman, memprotes tanpa senjata di kesemua perhimpunan anjuran BERSIH ?

Ada pemimpin-pemimpin yang nampak seperti hanya menjaga kesejahteraan rakyatnya dan agenda politik mereka sendiri, tidak sedar bahawa kadar indeks hak asasi manusia bagi Malaysia sedang jatuh? Bagaimana pula layanan kita terhadap buruh asing dan bagaimana sistem ini mengaut keuntungan dari berjuta-juta pekerja asing di negara ini?

Adakah anda yang berhormat - Perdana Menteri Britain, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Perdana Menteri Australia tidak membaca akhbar-akhbar tempatan negara anda yang telah melaporkan bagaimana kita telah menyekat kebebasan beragama, melanggar hak asasi dan menjatuhkan maruah orang bukan Islam baru-baru ini melalui isu Allah?

Adakah anda juga buta terhadap jenayah alam sekitar dimana hutan ditebang dengan rakusnya dan hak kaum pribumi diketepikan?

Adakah anda lupa bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat, didakwa dan masih terus dimomokkan dengan tuduhan 'Peliwat' oleh kerajaan Malaysia yang anda katakan model untuk dunia dan berasa amat gembira kerana telah memberikan anda peluang dalam bentuk wang yang berbilion jumlahnya?

Melahirkan lebih banyak 'Africas'

Anda pasti tahu bagaimana pilihan raya di sini masih dipersoalkan di seluruh dunia kerana wujud syak wasangka ada ketiadaan kebebasan, keadilan dan ketelusan seperti yang digunapakai oleh negara-negara demokrasi. Anda pasti tahu bahawa kami mengamalkan persempadanan semula kawasan yang penuh tipu helah?

Rakyat Malaysia menderita akibat peningkatan kos sara hidup, gaji yang tidak bergerak , dasar pecah dan perintah berdasarkan bangsa dan keutamaan agama, dan banyak lagi ancaman seperti GST dan TPPA yang akan diimplimentasikan di masa hadapan.

Jika anda tidak mengamalkan 'penjajahan' apa pula maknanya ini? Nampaknya tidak ada cara lain untuk menerangkan bagaimana anda boleh memuji dan memuja kepimpinan Malaysia apabila dunia - termasuk semua rakyatnya sendiri tahu akan kebenaran iaitu apa yang sebenarnya sedang berlaku di Malaysia sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Semoga akhbar-akhbar tempatan di negara anda sendiri akan melaporkan kebenaran disebalik perbuatan anda yang "sanggup melakukan apa sahaja" demi apa yang anda hajati.

Janganlah kita pada akhirnya di masa hadapan menyesal kerana pemimpin-pemimpin seperti andalah yang bertanggungjawab mewujudkan lebih banyak 'Africa' di dunia ini.

Tiada ulasan: