"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Haji Hadi belum percaya Dr Yusuf al-Qaradawi mengecam tindakkannya mengunjungi Iran

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".

"Beliau uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.

Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.

Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.

Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.

Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.

Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.

Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat" kerana pimpinan lain "pun uzur dan tua-tua semuanya".

Mesti ada pendirian sendiri

Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.

Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.

Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.

Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.

Katanya PAS mempunyai pendirian politik tersendiri bagi sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.

"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan, malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas," katanya.


Menurut anggota parlimen Marang itu beliau menulis surat kepada Setiausaha Agung KUIS, Prof Dr Ali Qaradaghi, meminta supaya pertubuhan itu memberikan pandangan tanpa pengaruh pihak lain.

"Saya mahu KUIS ada pendirian sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar atau mana-mana negara," katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan bukan semua rakyat Iran berfahaman Syiah, malah "30 peratus daripada mereka" adalah penganut Sunni.
-malaysiakini

Tiada ulasan: