"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Janda dituduh tumbuk muka bekas suami


Janda dituduh tumbuk muka bekas suami Tertuduh berjubah hitam menutup mukanya ketika dibawa keluar mahkamah
AYER KEROH - Seorang janda beranak dua dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menumbuk muka bekas suami pada Mei lalu.

Tertuduh, Raihana Anuar, 29, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, Raihana didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menumbuk muka Mohamad Hatta Mohamad, 33, dalam kejadian di 9612-1 Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, pada jam 8 malam 16 Mei lalu.

Oleh demikian, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Terdahulu, kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azri Zakaria memohon mahkamah menawarkan jaminan RM2,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Raihana yang diwakili peguam Hazri Hanafi merayu mahkamah mengenakan jaminan rendah dengan alasan tertuduh merupakan ibu tunggal beranak dua yang berusia empat dan tiga tahun, selain hanya bekerja sebagai pembantu tadbir.

Setelah mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Norina mengenakan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Februari depan untuk serahan dokumen.
-sinarharian

Tiada ulasan: