"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Khalwat: Seorang imam sebuah masjid di Melawati dan bekas ustazah didenda

Kuala Lumpur – Seorang imam sebuah masjid di Melawati dan pasangannya masing-masing didenda RM2,900 dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini atas pertuduhan berkhalwat di dalam sebuah rumah, hujung Julai lalu.

Mohd. Noruddin Salam Naluwi, 29, dan Siti Khadijah Md. Ghazali, 27,yang merupakan bekas ustazah di pusat Islam sebuah universiti awam itu masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah lelaki itu di No. 50, Jalan C10, Taman Melawati dekat sini, kira-kira pukul 3.30 pagi, 30 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Sara Waheeda Tuan Dir mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
-utusanonline

Tiada ulasan: