"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kematian tragis blogger


Kematian sadis seorang blogger kecantikan bernama Rini Cesillia, 26, kini heboh diperkatakan netizen Indonesia.

Rini berasal dari Jakarta dilaporkan meninggal dunia pada Selasa lalu, akibat terkena arus elektrik mesin pemanas air di bilik mandi sebuah rumah di Denpasar, Bali.

Menurut laporan media tempatan, mesin pemanas itu mengalami kerosakan menyebabkan air yang mengalir bercampur dengan arus elektrik lalu menyebabkan mangsa terkena renjatan.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang rakannya yang sama-sama ikut bercuti, bernama Maria Istella Bambang.

Ketika ditemui, mayat mangsa dilaporkan terlentang dan tangan kanannya memegang pili shower. Terdapat uga kesan luka lecuran di bahagian perut mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Denpasar Selantan, Aris Purwanto mengesahkan mesin pemanas itu rosak.

Rini yang dikenali sebagai menulis blog www.rinicesillia.com, mempunyai lebih 12 ribu pengikut di laman Instagram.

Berita kematian Rini ternyata mengejutkan ramai khususnya para pengikut dan rakan-rakannya hinggakan laman sosialnya dipenuhi dengan ucapan ‘Race In Peace’.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: