"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Padah maki polis

Melaka – Padah memaki polis, seorang wanita diperintah membayar denda RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.

Siti Nurjannah Abd Aziz, 25, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor, membuat pengakuan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa sengaja berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kata-kata menghina terhadap anggota polis di sebelah restoran di Kilometer 7 Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada jam 5.30 petang, 27 Disember lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebelah kedai makan dan memperkenal diri dengan menunjukkan kad kuasa selain meminta lelaki terbabit menyerahkan kad pengenalan diri.

Namun lelaki itu enggan dan menolak anggota polis wanita terbabit sebelum datang tertuduh yang juga isteri lelaki itu menghalang polis.

Ketika polis memujuk lelaki terbabit menyerah diri, tertuduh mengeluarkan kata-kata provokasi menghina dan memalukan PDRM.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan iaitu mendatangkan cedera parah terhadap Lans Koperal Mohd Khairul Anuar Ismail serta menghalang tugas Koperal Norhayati Zakaria dan Mohd Khairul Anuar pada masa tarikh dan tempat sama.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun yang sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana menanggung ibu bapa uzur selain diberhentikan kerja.

Analia memerintahkan tertuduh membayar denda RM100 bagi tuduhan pertama atau dipenjara tujuh hari jika gagal membayarnya.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi dua lagi pertuduhan dan menetapkan 6 Februari depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
kualalumpurpost

Tiada ulasan: