"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja-remaja ini bakal menghadapi tindakkan keras kerana memanjat papan tanda IPOH (Gambar)








IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda gergasi Ipoh yang viral di laman sosial.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana ia amat berbahaya dan berisiko tinggi.

Katanya, ia bukan sahaja membahayakan nyawa individu yang memanjat struktur papan tanda itu tetapi melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

"MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.
-sinarharian

--------------------------

Tak perlu penjara, denda kerja kebajikan remaja panjat 'IPOH'
HAZAYANI ZAKARIA
Penjara bukan penyelesaian kepada sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda Ipoh hingga menjadi viral sejak beberapa hari lalu, kata seorang pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

 Norwani Ahmat Norwani Ahmat sebaliknya mencadangkan mereka didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan serta diajar ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan aktiviti memanjat.
"Tidak perlu dipenjara remaja-remaja berani ini. Perbuatan tersebut memang salah kerana membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

"Saya syorkan remaja-remaja ini didenda dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan. Minta mereka cuci dan cat menara atau kubah masjid, bersihkan cermin bangunan-bangunan yang tinggi dan cat bangunan-bangunan bersejarah yang ada di Malaysia.

"Bekalkan dan ajar mereka guna "safety harness" dan alat pelindung diri yang lain. Itu lagi bermanfaat untuk semua," tulis beliau di facebook hari ini.

Semalam, Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja terbabit sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, siasatan itu bagi membolehkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Norwani yang juga ahli jawatankuasa pimpinan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) juga berkata, tidak mustahil remaja-remaja ini akan menjadi orang yang hebat akibat kesilapan mereka.

"Mana tahu, anak-anak muda ini bakal jadi orang hebat akibat satu kesilapan mereka yang terlebih berani," katanya yang juga penulis buku Aku Pengamal OSH.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan daripada MBI iaitu pemilik papan tanda itu awal pagi tadi.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain, yang jika sabit boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali.

Salah seorang remaja terbabit mengakui tidak mengggunakan sebarang peralatan keselamatan ketika memanjat papan tanda tersebut.

Tiada ulasan: