"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Amanah sedia sambut cabaran Pesuruhjaya PAS Selangor bertanding DUN Cempaka

Iskandar pertaruh Dun Chempaka bila ugut Amanah
MALAYSIA DATELINE
Amanah akan memikirkan secara serius untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Chempaka milik Datuk Iskandar Abdul Samad memandangkan Naib Presiden Pas itu semalam memberitahu pihaknya 'menunggu' untuk dicabar.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Iskandar harus menerima akibat selepas mengamalkan politik 'mengugut' semata-mata mahu mempertahankan kerusi tradisi Pas.

"Kalau itu sikap Datuk Iskandar maka DUN Chempaka boleh menjadi satu ekperimen yang baik (untuk Amanah dan PAS bertembung).

"Selagi mana Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan bersikap mengugut begitu dan mengancam parti lain maka kita tidak ada jalan lain dan Dun Chempaka adalah merupakan satu contoh yang mana Datuk Iskandar boleh terima akibat daripada politik ugut mengugut ini," katanya seperti dilapor Antarapos hari ini.

Salahuddin berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Iskandar bahawa kedua-dua parti itu perlu menanggung akibat jika Amanah tetap mahu meletakkan calon di kerusi tradisi milik Pas pada PRU14.

Malah tambah Iskandar, Pas sedia untuk meneroka kawasan baru jika Amanah membuat langkah pertama dengan mengusik kerusinya.

Iskandar berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa partinya berminat untuk bertanding di 40 kerusi pada pilihan raya akan datang termasuk milik PKR dan Pas.

Membalas kenyataan itu,Salahuddin berkata Amanah akan pastikan Dun Chempaka terlepas dari gengaman Pas.

"Mungkin percubaan (pertembungan tiga penjuru) pertama yang paling balik ialah di Dun Chempaka.

"Kita akan pastikan kita menang dan yakin menang di kawasan yang kita nak bertanding dan telah membuat persiapan dan perhitungan berdasarkan kepada sokongan pengundi yang kita yakin," ujarnya seperti dipetik.

Tiada ulasan: