"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Covid-19: Kematian di AS kini lepasi 40,000


Seorang lelaki berjalan di Coney Island yang lengang di Brooklyn, New York. Sekatan memaksa perniagaan tidak penting menutup operasi bagi menghentikan penyebaran koronavirus. – Gambar EPA, 20 April 2020.

JUMLAH kematian akibat koronavirus di Amerika Syarikat (AS) meningkat hampir 2,000 dalam tempoh 24 jam yang mencecah 40,661 pada Ahad, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Kenaikan bilangan kematian, sebanyak 1,997 berbanding 1,891 sehari sebelumnya pada Sabtu.

Jumlah pada Ahad serentak dengan pengumuman Gabenor New York, Andrew Cuomo yang berkata wabak di negeri paling teruk terjejas sudah melepas bilangan tertinggi.

Jumlah ini kematian melebihi 2,500 pada Rabu, menurut data Johns Hopkins.

Kematian akibat Covid-19 di AS adalah yang paling tinggi di dunia, begitu juga dengan jumlah kes yang pada Ahad mencecah 759,086. – AFP, 20 April, 2020.

Tiada ulasan: