"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin akan sampaikan perutusan khas di TV jam 8 malam ini

Malaysiakini
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan menyampaikan peruntusan khas di televisyen pada jam 8 malam ini.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu telah melalui tiga fasa dan dijadual berakhir pada 28 April ini.

Kawasan tertentu diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan bilangan kes Covid-19 yang tinggi.

Jumlah kes baru di seluruh negara kekal pada angka dua digit selama beberapa hari ini, dengan jumlah pesakit yang pulih juga hampir dua pertiga.

Walaupun terdapat jangkaan PKP akan dilonggarkan, pakar kesihatan memberi amaran langkah menarik balik sekatan terlalu awal boleh membawa kepada kenaikan semula jumlah jangkitan.

Lanjutan PKP akan diputuskan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan.

Dalam tempoh PKP fasa ketiga, kerajaan perlahan-lahan memberikan pengecualian kepada beberapa sektor dan syarikat untuk beroperasi dalam usaha mengawal krisis ekonomi.

Muhyiddin dijangka membuat pengumuman itu selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh 1 Ramadan yang dijangka bermula esok.

Tiada ulasan: