"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bimbang amal pilih kasih VIP tidak ditangkap ingkar PKP


ARIF ATAN

Saifullah Abd Nasir

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Saifullah Abd Nasir khuatir kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengamalkan dasar pilih kasih berhubung penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bercakap dalam slot Borak Anak Muda Siri 11 malam tadi, Bendahari Pemuda AMANAH Nasional itu berkata, tindakan tegas dan dituduh mengingkari PKP dikenakan terhadap rakyat biasa berbeza dengan layanan terhadap orang kenamaan (VIP).

“Di Sungai Tiang, Pendang di Kedah, (rakyat) digari malah dipasangkan rantai berbeza layanan kepada VIP hanya sekadar diambil keterangan.

“Malah, Ketua Polis Perak kata duduk berjarak seolah-olah adakah ini menggambarkan rakyat boleh berkumpul jika amalkan penjarakan sosial? Adakah kenduri rakyat boleh dijalankan semula?

“Adakah remaja-remaja yang berkumpul dan ditangkap itu boleh meminta maaf? Ini jelas double standard,” ujarnya.

Sehubungan itu, Saifullah bimbang kerajaan PN pada masa ini seolah-olah kembali ke zaman pentadbiran kerajaan yang mengamalkan tindakan berpilih.

“Saya yakin rakyat memerhatikan hal ini. Rakyat melihat ketidakdilan atau layanan tidak sama oleh pihak berkuasa.

“Adakah ini kerajaan yang rakyat mahu?” soalnya sambil turut menyebutkan insiden
Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran ditahan pihak polis ketika melakukan tinjauan di Taman Sri Murni di ibu negara semalam.

Untuk rekod, kenderaan yang dinaiki Prabakaran diiringi kereta peronda polis (MPV) untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 4.45 petang.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan dari PPBM, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali membuat permohonan maaf berhubung kehadirannya ke majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, 17 April lalu.

Sehari sebelum itu, Exco Perak dari Pas, Razman Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat dan menganggap apa yang berlaku dalam program yang turut dihadiri Noor Azmi itu merupakan kekhilafannya.

Tiada ulasan: