BORHAN AHMAD
Para pemimpin kerajaan perpaduan diminta tidak terlalu melayan komen-komen dari dari pihak yang kerjanya mempertikaikan segala tindakan tetapi hendaklah terus maju ke depan untuk kepentingan negara.
Ini kerana jika pemimpin kerajaan terlalu melayan mereka yang tersekat dengan pemikiran toksid ini, negara tidak akan pergi ke hadapan bahkan tersangkut di tengah jalan.
Berikut adalah pandangan menarik seorang netizen tentang perkara ini.
Masa orang isytihar harta, dia pertikai kenapa harta banyak sangat?
Masa orang kata tak akan ambil gaji, dia pertikai kata gaji tak ambil, tapi elaun ambil.
Masa orang kata tak nak ambil gaji PM, dia pertikai, gaji PM tak ambil, tapi gaji menteri ambil.
Masa orang kata jangan beri cenderahati, dia pertikai kata sombong taknak terima cenderahati.
Masa orang potong gaji 20% nak pulang kepada rakyat, dia pertikai kenapa tak potong 50% atau 100% terus?
Masa orang turunkan cabutan judi dari 22 kepada 8, dia pertikai, kenapa 8 tak hapus terus?
Masa orang turunkan harga telur, dia pertikai, kenapa telur saja? Ayam, minyak, daging, ikan, sayur kenapa tak turun.
Masa orang nak bagi RM10 juta untung beras kepada pesawah, dia pertikai kenapa beras saja? Ayam, itik, semua macam mana?
Semua orang buat dia nak pertikai. Tapi dia sendiri LANGSUNG TAK BUAT.
Jenuh layan orang toksik macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan