"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwaan LGBT: Anwar saman ketua PAS Perak

FMT Reporters

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping, yang mengeluarkan saman supaya Razman hadir di mahkamah. Beliau diberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Anwar menuntut ganti rugi dan memohon injunksi bagi menghalang Razman mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah lagi terhadapnya.

Saman itu menyusul surat tuntutan maaf secara terbuka, ganti rugi RM5 juta dan jaminan bertulis bahawa dakwaan berkenaan tidak akan diulangi.

Peguam Anwar, SN Nair sebelum ini berkata, dakwaan Razman membayangkan Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, penipu, pengkhianat, hipokrit dan bukan seorang Muslim yang baik.

Hantaran Razman di Facebook itu telah menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar, kata peguam berkenaan.

Tiada ulasan: