"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hidangan tradisional popular punca kematian 20,000 individu setiap tahun

Agensi
KOI Pla, hidangan tradisional popular di Thailand dan Laos. FOTO Agensi
KOI Pla, hidangan tradisional popular di Thailand dan Laos. FOTO Agensi
Bangkok: Koi Pla, hidangan tradisional popular di Thailand dan Laos dikatakan punca kematian kira-kira 20,000 individu setiap tahun.

Oddity Central melaporkan, Koi Pla dianggap sebagai salad oleh Orang Lao di Laos dan wilayah Isaan, Thailand diperbuat dengan campuran ikan mentah cincang, jus lemon, herba dan rempah ratus.

Koi Pla lazimnya diperbuat dengan ikan air tawar mentah dari lembangan Mekong yang sering diserang cacing pipih parasit atau dikenali sebagai cacing hidup.

Parasit itu sudah lama diketahui sebagai penyebab salah satu jenis barah paling agresif iaitu cholangiocarcinoma, atau saluran hempedu, yang menyebabkan kematian kira-kira 20,000 individu.

"Ia adalah beban kesihatan yang sangat besar di sekitar sini.

"Tetapi tiada siapa tahu mengenainya kerana mereka meninggal dunia secara senyap, seperti daun yang jatuh dari pokok," kata pakar bedah hati di Universiti Khon Kaen di Thailand, Narong Khuntikeo kepada AFP pada 2017.

Khuntikeo, yang kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat barah saluran selepas seumur hidup memakan Koi Pla, menghabiskan masa bertahun-tahun mengembara ke kawasan luar bandar timur laut Thailand.

Dia juga memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya makanan berkenaan.

Malangnya, hidangan ikan tradisional begitu popular di rantau Isaan di Thailand yang menyebabkan orang ramai sukar berhenti memakannya

Sebahagian individu mengatakan ada banyak punca meninggal dunia manakala yang lain mendakwa memasak ikan sebelum menambahnya ke dalam hidangan merosakkan rasa.

Generasi lama yang membesar dengan Koi Pla lebih berat melepaskannya, tetapi doktor seperti Narong Khuntikeo berharap sekurang-kurangnya generasi muda menyedari bahaya kerana memakannya.

Tiada ulasan: