"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Abuya, Ummu Atiyah selesai tunjuk lokasi dia dikurung di Batu Hampar

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Ummu Atiyah (baju kebarung kelabu) diiringi N Suder dan anggota polis di perkampungan GISBH Kampung Batu Hampar Dalam. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Ummu Atiyah (baju kebarung kelabu) diiringi N Suder dan anggota polis di perkampungan GISBH Kampung Batu Hampar Dalam. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Beruas: "Terima kasih, kami nak balik KL (Kuala Lumpur)," kata kata anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah kepada pemberita selepas selesai menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di perkampungan GISB Holding (GISBH) dekat Kampung Batu Hampar Dalam di sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 41 tahun itu tiba di Balai Polis Padang Gajah, dekat Trong jam 11 pagi tadi untuk diambil keterangan.

Ummu Atiyah yang dilihat berpakaian baju kebarung kelabu tiba di perkampungan GISBH dekat Kampung Batu Hampar Dalam jam 2.38 petang bersama tiga rakan menaiki Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X70 dengan diiringi lima kenderaan polis.

Siasatan di tempat kejadian diketuai Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Asisten Superintendan N Suder bersama 10 anggota polis.

Berdasarkan tinjauan, mangsa menunjukkan rumah setingkat lokasi dia mendakwa dikurung dan kawasan sekitar perkampungan terbabit untuk membantu siasatan dan selesai sekitar 3.07 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki yang terbabit mengurung mangsa bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: