"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cubaan seludup 20 lelaki Myanmar dalam Exora gagal

Bernama

KOTA BHARU: Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 lelaki warga Myanmar di Palekbang, Tumpat, semalam.

Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, berkata anggotanya yang menjalankan rondaan di sekitar jalan itu mengesan sebuah Proton Exora menghala ke arah Kampung Kepulau, Tumpat dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata anggotanya cuba menahan kenderaan itu dengan menggunakan lampu suar serta siren namun pemandu terbabit terus memecut dengan memandu secara berbahaya termasuk melanggar lampu isyarat merah.

“Polis mengekori kenderaan suspek sehingga di Jalan Pasir Pekan dan anggota cuba menahan kereta itu namun pemandu bertindak agresif dengan melanggar kereta polis sehingga menyebabkan berlaku kerosakan pintu hadapan dan belakang.

Bagaimanapun, kenderaan itu dipandu memasuki ke susur jalan ke Kampung Pohon Tanjung Wakaf Bharu terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan dan kelihatan dua lelaki disyaki pemandu serta penumpang sebelah hadapan terjun dari kenderaan dan melarikan diri ke dalam semak, katanya dalam kenyataan.

Polis berjaya menahan suspek dan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan berkenaan menemukan 20 lelaki warga Myanmar.

“Suspek juga ditahan kerana kesalahan menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pendatang tanpa izin, selain 20 warga Myanmar itu turut ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, katanya.

Beliau menyeru semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-7257222.

Tiada ulasan: