"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dunia tersentak lihat keganasan Zionis Israel dengan imej ‘holocaust’ terus berulang di Gaza

Harapandaily
Gambar timbunan jasad tidak bernyawa rakyat Palestin yang kelaparan dan dibunuh Zionis Israel dilihat mengulangi ‘holocaust’ semasa Perang Dunia Kedua.

Itu antara reaksi warga dunia melihatkan paparan puluhan mayat rakyat Palestin yang kurus kering dibunuh oleh pengganas Israel.

Menurut perkongsian Quds News Network, mangsa terbabit terkorban ketika menunggu makanan di utara Gaza hari ini.

Jelasnya, mereka kemudian telah dipindahkan menggunakan sebuah ambulans sahaja akibat kekurangan bahan api.

“Saksi berkata kereta kebal Israel berhampiran lokasi berkenaan melepaskan tembakan terus ke arah sesiapa sahaja yang cuba menghampiri mayat lain yang terbiar di kawasan itu,” menurut catatan Quds News Network.

Rata-rata meluahkan rasa marah dan sedih lantaran tidak dapat menerima keganasan dan genosid yang dilakukan Israel.

“Kali terakhir saya menyaksikan mayat bertimbun sebegini hanyalah melalui gambar-gambar holocaust. Kini, pada tahun 2025, kita sendiri sedang menyaksikan sebuah holocaust yang nyata di depan mata,” kata pengguna X, @Wadermelon_.

“Hancur binasakan rejim Fasis Barat yang bersifat pengganas bersama sekutu mereka, iaitu Zionis pembunuh kanak-kanak dan perampas tanah Palestin,” tulis @OrangKiyani.

Krisis kebuluran yang melanda Gaza semakin kritikal ketika pengganas Israel bertalu-talu membunuh rakyat di wilayah terkepung itu.

Gaza sedang berdepan bencana kesihatan besar-besaran dengan menyaksikan tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak semakin merosot akibat malnutrisi yang teruk.

Malah, angka kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kebuluran terus bertambah seperti disaksikan doktor di hospital.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah terkini kematian disebabkan kebuluran atau kekurangan zat makanan sejak permulaan konflik pada 7 Oktober 2023 ialah sekitar 175 orang, termasuk 93 kanak‑kanak.

Tiada ulasan: