"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Buletin TV3 
Penguat kuasa JAINJ menahan lelaki yang berkhalwat dengan isteri orang – Foto Ihsan JAINJ
KLUANG: Tindakan seorang lelaki berstatus duda menyelinap masuk ke rumah wanita berstatus isteri orang kononnya untuk menghantar makanan membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), awal pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an itu bukan sahaja dikesan berada dalam rumah ketika suami wanita berkenaan bertugas di luar kawasan, malah turut meninggalkan motosikalnya jauh dari lokasi kejadian bagi mengelak dihidu pihak berkuasa dan penduduk setempat.

Menurut JAINJ, tangkapan dilakukan jam 12.30 tengah malam selepas pihak berkuasa menerima maklumat dan laporan berhubung kehadiran lelaki terbabit ke rumah wanita terbabit di sini.

“Siasatan mendapati, lelaki itu sudah bercerai beberapa tahun lalu dan tinggal berhampiran rumah pasangannya. Mereka berdua mula mengenalinya ketika berjoging di sebuah tasik sejak tahun lalu.

“Selepas itu, mereka banyak berhubungan melalui WhatsApp serta menjadi kekasih gelap tanpa pengetahuan suami wanita ini,” katanya dalam kenyataan.

JAINJ berkata, ketika serbuan, penguat kuasa juga menemui anak perempuan wanita itu yang masih kecil tidur dalam bilik.

Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal selepas anggota penguat kuasa sudah pun menunggu di belakang rumah teres terbabit.

“Pasangan itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,” katanya.

Tiada ulasan: