"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditemukan maut dalam SUV, leher terjerut ‘seatbelt’

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di atas jejambat pusingan U dari Kepong ke Damansara, dalam keadaan lehernya terjerut dengan tali pinggang keledar awal pagi tadi.

Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar 1.30 pagi daripada pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berhubung kemungkinan berlaku kemalangan maut, susulan sebuah Proton X70 dikesan berada di lokasi kejadian .

“Maklumat awal diterima menyatakan berlaku kemalangan maut kerana keadaan kenderaan seolah-olah berlaku kemalangan.

“Kematian mangsa disahkan oleh petugas perubatan dari Hospital Selayang pada 5.15 pagi,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Menurut Ahmad Sukarno, mangsa disahkan sebagai lelaki tempatan berusia 46 tahun yang bekerja sebagai tukang kayu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik mendapati terdapat lilitan dan kesan jerutan tali pinggang keledar di bahagian leher mangsa.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada ulasan: