"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Krisis Bersatu: ‘Duri dalam daging yang amal politik tikam belakang’

K PRAGALATH

Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyifatkan kumpulan di dalam Bersatu yang mahukan pengunduran presiden Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai duri dalam daging yang mengamalkan politik tikam belakang.

“Kini apabila parti diuji, mereka bukan tampil mempertahankan institusi kepimpinan sebaliknya menjadi duri dalam daging. Inilah wajah sebenar pengkhianat perjuangan yang bermuka manis di depan tetapi menikam dari belakang.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini bukan masa untuk berpolitik dalaman atau berebut kuasa. Masa ini ialah masa untuk kita bersatu, memperkukuh jentera parti, dan turun membantu rakyat yang sedang berdepan kesusahan.

“Sudah tiba masanya kita hentikan politik tikam belakang. Setiap ahli yang setia kepada perjuangan perlu bangkit menolak golongan pengkhianat ini.

“Bersatu tidak akan tumbang kerana fitnah, tetapi akan lemah jika terus membiarkan pengkhianat bermaharajalela di dalam rumah sendiri.”

Sanjeevan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi turut berkata bahawa Bersekutu Bersatu akan teguh di belakang Mahiaddin.

Kumpulan yang dimaksudkan oleh Sanjeevan merujuk kepada anggota-anggota seperti ahli MPT, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, ahli parlimen Tasek Gelugor yang dipecat dan ramai lagi anggota di peringkat negeri dan akar umbi.

Mereka telah melancarkan siri Jelajah Semarak. Program telah pun dibuat di Johor dan Melaka.

Tiada ulasan: