K PRAGALATH
Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na’im Mokhtar mahu saman fitnah difailkan dengan tuntutan RM10 juta terhadap pengguna Facebook Hafiz Sahidi.
Surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guaman Akberdin & Co menyatakan bahawa Hafiz telah menuduh Na’im mengarahkan penutupan sekolah pondok yang tidak berdaftar.
Kenyataan tersebut palsu, berniat jahat dan berbaur fitnah.
Naim mahu Hafiz menarik balik kenyataan, mengakui kesalahan dan meminta maaf secara terbuka menerusi akaun media social dan laman web dalam tempoh 30 hari.
Hafiz juga disuruh menawarkan jumlah pampasan sebagai ganti rugi.
Kegagalan Hafiz bertindak akan menyebabkan tuntutan ganti rugi RM10 juta dimulakan beserta dengan larangan dari menyiarkan kenyataan terhadap Na’im.
Hafiz telah mengkritik Na’im dengan mendakwa beliau telah menutup sekolah pondok tetapi tidak mengendahkan isu serius di sekolah kebangsaan.
Peguam Na’im berkata hantaran Hafiz memberi gambaran bahawa Na’im tidak layak untuk menjawat jawatan Menteri.
Hantaran tersebut juga memberi gambaran bahawa tindakan Na’im bertentangan dengan nilai Islam.
Laporan media menyatakan bahawa Hafiz telah memadamkan hantaran tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan