"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi masih bertali pusat ditemui dalam beg

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SUBANG JAYA: Seorang bayi perempuan yang masih hidup dan bertali pusat ditemui di luar tepi sebuah rumah di Jalan USJ 9/5K di sini, hari ini.

Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu daripada orang awam kira-kira jam 10.27 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui dalam sebuah beg berwarna biru.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan urinya masih berdarah.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu seberat 2.6 kilogram (kg) dan panjang 43 sentimeter.

“Bayi kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan stabil,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran atau meninggalkan bayi dengan niat untuk membuangnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Vanitha T Balakrishnan di talian 017-2229832 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222,” katanya.

Tiada ulasan: