FMT Reporters
Remaja lelaki berusia 17 dan 16 tahun dipercayai masuk laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah motosikal.
Polis berkata mangsa melakukan aksi bahaya mengangkat tayar hadapan dan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Dua remaja maut selepas disyaki melakukan aksi ‘wheelie’ ketika memotong sebelum bertembung sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam nahas di Jalan Kutan, Tumpat, tengah malam tadi.
Ketua Polis Tumpat, Mohd Khairi Shafie, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja lelaki berusia 17 dan 16 tahun itu dalam perjalanan dari arah Pasir Pekan menuju Pasir Mas.
“Mereka dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan motosikal sambil memotong sebuah kereta.
“Tindakan itu menyebabkan mereka memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 53 tahun,” katanya menurut Bernama.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Tumpat.
Khairi berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, sementara pembonceng yang turut parah pada bahagian kaki dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
Kes ini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan