"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SIRI BARU EPISOD KEDURJANAAN

Baru enam tahun Mahathir menyerahkan tugas PM dan Presiden UMNO kepada PakLah. Berbanding 22 tahun tempoh pemerintahannya. Fitnah jahat Mahathir ke atas Anwar Ibrahim pula hampir separuh masa pemerintahannya. Jentera pemfitnah yang terdiri dari pegawai tertinggi Polis dan Kehakiman masih berada diposisi yang strategik untuk menjaga kepentingan kedurjanaan Mahathir.

Dalam tempoh enam tahun PakLah, Mahathir lihat PakLah gagal menjaga kepentingan kedurjanaan Mahathir – terutamanya dalam kes fitnah jahat melibatkan Anwar Ibrahim. Bagi PakLah, menjaga kepentingan legasi Mahathir umpama mendokong biawak hidup. Mahathir pula melibat PakLah gagal menjaga kepentingan peribadinya. Banyak kes melibatkan kedurjanaan Mahathir terdedah keluar kepengetahuan masyarakat awam.

Atas dasar itulah Mahathir jadi bimbang dengan cara PakLah lalu mengambil keputusan menentang PakLah secara terbuka. PakLah menjadi lemas dan akhirnya kalah di tangan Mahathir melalui senjata Najib.

Tamatnya PakLah ertinya bermulalah era baru episod balas dendam Mahathir kepada Anwar Ibrahim selepas pasca pemerintahannya melalui kerajaan Najib. Najib dan Mahathir dua-duanya mempunyai kepentingan peribadi yang sama untuk terus membalas dendam kepada Anwar Ibrahim.

Perkara inilah yang amat berbahaya kepada rakyat Malaysia. Seorang bekas PM yang pernah berpengaruh dan hebat dalam selok belok fitnah kini berkerjasama dengan seorang PM yang sangat hebat dalam culek wakil rakyat dan selok-belok bom C4 yang dicuri dari tempat simpanannya.

Oleh yang demikian, dua manusia ini akan terus berbuat apa saja untuk menyelamatkan diri sendiri. Seperti yang selalu ditulis, kedurjanaan akan terus dibuat demi menutup kedurjanaan lain. Apakah rakyat boleh bergantung harap kepada sistem yang dipimpin dan didokong oleh mereka yang mempertahankan kedurjanaan dengan berbuat kedurjanaan baru yang lain pula.

Ini persoalan besar yang perlu dijawab secara jujur oleh ahli UMNO. Samada sanggup atau tidak menerima pemimpin yang pendurjana.

Pendurjana menjadi begitu berani kerana ahli UMNO itu sendiri. Ahli UMNO tidak kisah kepada pemimpinnya durjana, walaupun kedurjanaan itu terang lagi bersuluh. Padahal sokongan kepada pemimpin jenis durjana itu sebenarnya mendokong kedurjanaan. Betapa peliknya ahli UMNO jenis suka kedurjanaan ini ialah apabila Khairy diangkat sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia.

Sedangkan lembaga disiplin UMNO sendiri memutuskan Khairy rasuah, tetapi Khairy masih menang. Inilah jenis pemikiran yang pelik dan sukar diterima oleh akal manusia, selain dari akal budi pemikiran ahli UMNO.

Kalau akal budi itu memilih Khairy kerana pada pemuda keputusan lembaga disiplin itu adalah taktik kotor jentera Najib-Mahathir untuk menghalang saki-baki mata dan telinga PakLah dalam UMNO, ini juga paling tidak menunjukkan kedurjanaan Najib-Mahathir. Fikirlah ikut mana pun, ia akan balik kepada satu bentuk pemikiran iaitu pemikiran mempertahankan kedurjanaan.

Kalau sebelum ini mempertahankan kedurjaan Mahathir dan jenteranya, kini mempertahankan Najib-Mahathir dan jenteranya.

Malang nasib rakyat Malaysia kerana dipimpin oleh pendendam kes peribadi yang berlindung disebalik nostalgia orang melayu ke atas UMNO di bawah sistem mahkamah dan polis filem hindustan. 
 

Muramatsu 
Grenoble, Cedex

13.04.2009

Tiada ulasan: