"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beri tempoh 48 jam pasang semula bendera besar PAS

Basiron Abdul Wahab  

BANDAR JENGKA 15 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Dato' Tuan Man memberi tempoh 48 jam kepada pencuri bendera PAS di Felda Semerak (Jengka 15) memasang kembali bendera di tempat asalnya atau akan menghadapi tindakan undang-undang

Difahamkan bendera besar yang dipasang di atas tanah persendirian sejak setahun lalu itu didapati hilang pada 14 April lalu dipercayai angkara perbuatan Majlis Daerah Maran (MDM). Ekoran itu, PAS Cawangan PAS berkenaan, diketuai Engku Amir Zahar, Rosdi Ismail dan tuan tanah Haji Suhaimi Shuib telah membuat laporan polis di balai Polis Daerah Maran.

Pihak PAS mendesak agar mereka yang telah membuang bendera tersebut supaya memasang kembali kerana bendera tersebut berada dalam tanah pesendirian.

Difahamkan isu bendera berkenaan telah dibangkitkan oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Jengka 15 bernama Sulaiman Juara (nama gelaran). Sulaiman dikatakan begitu tertekan selagi bendera PAS berdiri megah di situ dan mahu tindakan diambil.

Difahamkan bendera berkenaan dipasang di atas tanah milik Allayarham Haji Shuib (bekas Ketua PAS Cawangan Felda Semerak) . Bendera berkenaan terus kekal di situ walaupun Allahyarham telah meninggal dunia atas kebenaran anak Allahyarham.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Ismail didakwa turut tertekan dan menyokong cadangan Sulaiman. Ini kerana kewujudan bendera berkenaan tentunya menyakitkan matanya setiap kali berulang alik ke Jengka 15.

Di atas arahan (salahguna kuasa) Adun berkenaan maka MDM dipercayai menjalankan operasi pembersihan lambang lambang parti politik di seluruh daerah Maran.

Bagaimanapun, seperti biasanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan masih mengekalkan ciri-ciri 'bebal' di mana hanya lambang pihak lawan Umno-BN sahaja yang dimusnahkan.

Dalam tinjauan yang dibuat, masih terdapat signboard besar Umno BN terpampang simbul dacing berhampiran simpang Tasik Jaya Bandar Jengka masih berdiri kukuh tidak diusik oleh penguatkuasa MDM.

Timbul perseolan apakah peraturan yang dibuat hanya untuk parti bukan Umno-BN, manakala Umno-BN kebal daripada tindakan? 

Tiada ulasan: