Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya |
Wan Nordin Wan Yaacob | |
KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini. |
Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.
Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.
Kes ini katanya menjadi 'president' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.
"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.
Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.
Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.
Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan