"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Perak ucap terima kasih kepada semua

Johari Jaafar  

BUKIT GANTANG, 15 April (Hrkh) - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas Kelab Penyokong PAS dari seluruh negara yang telah berkampung di BUkit Gantang bagi membantu calon PAs, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang.

"Terima kasih pihak lajnah kepada pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab penyokong India Pusat, Balasubrananium, Badan Bukan Kerajaan (NGO) India dan Cina, serta blogger India dan Cina yang berkampung di Markaz Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Perak di Kampung Boyan."

Demikian dinyatakan setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad, yang ditemui di sini semalam.

Menurutnya, Kelab Penyokong PAs telah menyusun jadual kerja sejak tiga minggu sebelum penamaan calon dan ia berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

Beliau bangga melihatkan kombinasi antara kaum dalam lajnah semakin padu dan saling memahami satu dengan lain walaupun dalam keadaan kekurangan.

Selain menyediakan pengangkutan iaitu bas untuk membawa ahli ahli kelab pada hari penamaan calon, pihak lajnah juga menyediakan T Shirt untuk ahlinya yang menarik perhatian orang ramai.

"Kami amat terharu dengan kesediaan blogger serta NGO Cina dan India yang menawarkan khidmat untuk membantu kempen", jelasnya.

Dalam masa sama mesyuarat berkala dengan kelab penyokong PAS dan NGO berjalan dari semasa ke semasa bagi memenangkan calon PAS.

"Kami juga merakamkan terima kasih kepada penyelaras penyelaras kempen yang terdiri dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari bahagian Taiping dan Bukit Gantang.

Dari segi penginapan, pihak lajnah berterima kasih kepada PAS cawangan Kampung Boyan yang telah menyediakan penginapan tersebut. 

Tiada ulasan: