"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Said: Saya tidak akan letak jawatan atau bubar DUN

 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang kini menghadapi krisis terbesar dalam karier politiknya berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan mahu pun membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada pilihan raya baru.

Sikap beliau ini sudah tentu akan mengeruhkan lagi pergolakan politik Terengganu apabila beliau tidak menghiraukan tekanan kumpulan penentang supaya melepaskan jawatan.

Ketika dihubungi TV Antara Datuk Ahmad berkata tidak ada sebab mengapa beliau perlu meletak jawatan atau membubarkan dewan undangan negeri walaupun wujud krisis politik antara beliau dan sekumpulan ahli dewan undangan negeri daripada Barisan Nasional yang  tidak sebulu dengan kepimpinannya.

"Mereka yang sekarang ni timbulkan masalah dahulu pun orang yang sama menentang perlantikan saya sebagai Menteri Besar.

"Kita sama-samalah tengok apa akan jadi nanti," tanpa mahu mengulas lanjut apa maksud beliau.

Menteri Besar Terengganu itu tidak sunyi daripada kontroversi sejak sebelum dilantik ke jawatan itu lagi pada Mach 2008.

Beliau bukanlah  pilihan badan perhubungan Umno negeri tetapi sebaliknya adalah calon istana justeru itu timbul rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Umno Terengganu yang mahukan calon mereka menjadi Menteri Besar.

Sultan Terengganu dikatakan tidak menerima cadangan supaya Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula selepas kemenangan BN pada pilihan raya umum tahun ke 12.

Ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil terhadap kumpulan yang menentang beliau yang dikepalai oleh ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Menteri Besar itu berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti.  

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: