"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penceramah Veteran PAS Negeri Sembilan, Ust Ali Napiah meninggal

Wan Nordin Wan Yaacob  

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar memaklumkan tokoh penceramah PAS negeri, Ustaz Mohd Ali Napiah telah meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham Ustaz Ali Napiah meninggal di Hospital Kuala Pilah pada jam 9.30 malam tadi.

Almarhum Ustaz Ali Napiah salah seorang penceramah veteran tempatan serta Ahli Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan.

Jenazahnya akan dikebumikan selepas solat Jumaat d Tanah Perkuburan, Palong 1, Gemas, Negeri Sembilan.

"Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Ustaz Ali Napiah dan ditempatkan bersama roh orang-orang soleh dan roh para syuhada. Al-fatihah," katanya.

Tiada ulasan: