"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Betulkah ADUN Penanti Fairus Khairuddin Pula Hilang?

ADUN Penanti Fairus Khairuddin Pula Hilang, Apakah Satu Lagi Pilihanraya Kecil Akan Di Adakan Dalam Masa Terdekat Ini Agaknya !!

PULAU PINANG -Nampaknya kemelut politik terbaru bakal melanda Pulau Pinang berikutan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 iaitu YB Fairus Kamaruddin (foto) baru-baru ini. Tambah mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu setakat ini masih tidak mengemukakan permohonan bercuti daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadual bermula 20 April. "Setakat ini, tiada sebarang permohonan untuk bercuti dikemukakan Adun Penanti itu," kata Speaker DUN Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini, Abdul Halim berkata, permohonan cuti masih boleh dibuat sehari sebelum sidang Dewan bermula jika Mohammad Fairus berhasrat untuk tidak menghadiri sesi DUN kali ini. "Beliau perlu memaklumkan kepada Setiausaha Dewan dan saya sendiri jika berhasrat untuk bercuti," katanya. Sejak mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pada pertengahan bulan lalu, Mohammad Fairus tidak dapat dihubungi dan tidak diketahui berada di mana ketika ini. Abdul Halim berkata, seseorang Adun perlu menghadiri sesi persidangan DUN untuk sesuatu penggal sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keanggotaannya sebagai Adun terlucut dan kerusi itu dianggap dikosongkan. "Seseorang Adun dikira sudah menghadiri sidang Dewan untuk penggal berkenaan walaupun dia datang hanya lima minit sahaja. Menurut perlembagaan, jika Dewan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan, secara automatik Dewan juga akan terbubar dengan sendirinya," katanya.

[Nampaknya sesuatu yang mengejutkan akan berlaku jika Fairus terus menghilang dan gagal untuk dihubungi. Kejadian yang sama berlaku kepada dua ADUN PKR di Perak dulu sehingga membawa kepada jatuhnya Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Apakah kali ini ia akan berlaku pula di Pulau Pinang?. Soalnya sekarang, apakah Fairus sanggup belot selepas dirinya teraniaya dan bakal berhadapan dengan kes rasuah sama seperti Jamaluddin Md Razi dan Othman Jailu di Perak itu. Mungkinkah akan ada"deal" untuk Fairus jika beliau sanggup berkompromi dengan UMNO?. Berapa pula wang dan kemewahan yang bakal diterima oleh anak muda itu agaknya?. Harus diingat, bahawa DUN Penanti bukanlah kawasan selamat buat BN di Pulau Pinang. Anwar menang besar di situ semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Apakah Fairus ada "value" buat Barisan Nasional atau beliau akan terus setia memperhambakan diri kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat selepas ini].

Tiada ulasan: