"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah God di dalam Bible merujuk kepada Allah?

PakYed
Apabila mahkamah memutuskan bahawa orang-orang kristian mempunyai hak di sisi perlembagaan menggunakan Allah untuk merujuk kepada God, isu pokok ialah adakah God di dalam Bible merujuk kepada Allah yang diyakini oleh orang-orang Islam dan sepatutnya diyakini sama oleh seluruh manusia dan jin?

Ini sepatutnya menjadi perbahasan. Bukan boleh tak boleh orang kristian menggunakan perkataan Allah. Bukan soal adakah Allah hanya untuk orang Islam semata-smata atau untuk seluruh manusia dan makhluk lain.
Soalnya layakkah god di dalam Bible diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai Allah?

Bolehkah kita menerima terjemahan 'God the father, god the son and god the holy siprit' sebagai 'Allah bapa, Allah anak dan Allah roh suci'? Apa jadi kalau kita bersetuju dan menyokong terjemahan ini? Dalam hal ini saya rasa amat baik kita menerima nasihat Dr Harun Din.

Satu contoh lagi 'the church house of God' layakkah diterjemah sebagai Gereja Rumah Allah?

Saya amat bersetuju dengan Dr M yang menegaskan bahawa terjemahan kepada god dalam bahasa Malaysia ialah tuhan.

Wallahu a'lam.

-tranungkite-

1 ulasan:

Gedung Akal berkata...

Allah adalah bahasa Arab bukannya bahasa Melayu. Tuhan 'Alla' itu yang diMelayukan oleh bukan Melayu bila mereka bercakap dengan Melayu. Melayu dari dulu lagi tak kisah pun Allah disebut tuhan "Alla" yang merujuk kepada Allah.
God terjemahannya memang tuhan dan jika Arab pasti akan terjemahkan sebagai ilah. Ini lebih kepada masalah psikolinguistik dan jelas Allah adalah GOD dalam masyarakat 1Malaysia.
Melayu yang akan terus keliru sebab Melayu itu kurang mengkaji ilmu. Sama keadaannya Melayu Baru tidak gunakan istilah khinzir kerana katanya ada anak muda Melayu KL tak tahu apa itu khinzir lalu menjamu selera khinzir panggang. Alasan lain khinzir itu hampir2 sama denagn sebutan Maha zir. Itulah masalah dan hakikat psikolinguistik Melayu.
Sila baca dan komen entri saya http://gedungakal.blogspot.com/2010/01/allah-maha-mengetahui.html