"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Nizar Sasaran Pembunuh Upahan?

edyesdotcom
Di saat MB Nizar hampir-hampir dikembalikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak, satu kemalangan jalanraya telah menimpa beliau. Seperti yang telah diketahui umum, hasil daripada perbicaraan mahkamah di peringkat yang tertinggi dikatakan menyebelahi MB Nizar dengan empat hakim memihak kepadanya daripada lima.

Kedudukan ini pasti menimbulkan intensiti yang celaru kepada pihak yang
desperate dalam mengejar tahta yang bakal terguling. Kita tidak tahu apakah rencana yang boleh dimainkan oleh seteru tatkala pilihan dan peluang yang semakin menguncup serta kesuntukkan masa; keputusan mahkamah yang memihak kepada Nizar.

Justeru itu, saya menyeru supaya keselamatan pemimpin Pakatan Rakyat harus dijadikan priority terutamanya tahap keselamatan MB Nizar yang berdarah manis menunggu keputusan positif dari mahkamah perbicaraanya.

Bayangkan, sekiranya Nizar terkorban dalam kemalangan jalanraya tersebut, pastinya kemenangan perbicaraan berkenaan MB Perak yang sah sekalipun tidak akan memberi makna kerana penyandangnya telah tiada.Syukurlah MB Nizar selamat. Dengan izin Allah, MB Nizar masih relevan untuk menyandang MB Perak, beliau dilindungi oleh daulat sebenar.

Sila ambik iktibar, dalam keadaan terdesak, apa sahaja boleh jadi, jadi. Berikut di bawah adalah berita yang dipetik dari bernama;

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

- Bernama-

Tiada ulasan: