"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini dia Artikel Pertama Herald Guna Nama "Allah"

hendonbertudung
Bacalah artikel ini ....

Sifat kemanusiaan hancur TANPA ALLAH
Published On December 17 , 2009

ROMA: Paus Benediktus XVI mengucapkan tahniah kepada Sidang Para Uskup Itali pada Dis 11 lalu kerana menganjurkan “Kongres mengenai ALLAH”.

Sangti Papa menekankan kepentingan untuk sentiasa menghormati dan mengutamakan
ALLAH kerana tanpa Dia, “manusia akan kehilangan hala tuju dan berisiko tinggi menghadapi kemusnahan hidup.”


Suasana Persidangan para Uskup Itali dihangatkan dengan sepucuk surat oleh Bapa Suci yang ditulis kepada presiden Majlis Para Uskup Itali, Kardinal Angelo Bagnasso.

Di dalam pesanan beliau, Sangti Papa memuji usaha persidangan episkopal dan Projek Komiti Kebudayaan kerana menganjurkan pertemuan yang dapat membantu dalam menghadapi persoalan penting mengenai
ALLAH.

“Persoalan mengenai
ALLAH merupakan persoalan yang sudah lama, namun kita cenderung untuk melupakan ALLAH atau menghadkan masa kita dengan ALLAH serta bersifat tertutup kepada Yang Maha Esa.”

“Kehadiran dan perhubungan dengan
ALLAH … sangat penting di dalam hidup manusia, Gereja dan setiap umat Kristian mempunyai tugas untuk 'menghadirkan' ALLAH di dalam dunia ini, membantu umat untuk membukakan diri kepada karya ALLAH.”

Menurut Paus lagi, “Dengan adanya persidangan mengenai
ALLAH, ia cuba mempelihatkan pelbagai cara atau kaedah untuk menegaskan akan kebenaran kehadiran ALLAH. Namun, perkara tersebut bukanlah satu-satunya perkara untuk dibincangkan. Perkaraperkara penting yang lain dan perlu untuk diperhatikan ialah seperti apa yang telah ALLAH lakukan kepada kita, harapan yang menyinari jalan hidup kita dan penyelamatan yang menanti kita selepas kematian.”

“Manusia tidak boleh melupakan atau mengabaikan fakta sejarah,” seru Paus Benedikutus. “Masa lampau mengajar kita bahawa apabila manusia menyingkirkan
ALLAH dari lingkaran kehidupannya, sifat kemanusiaannya akan hilang dan dia akan melangkah ke alam ‘kemusnahan’.”

“Iman di dalam
ALLAH memberikan harapan kepada umat manusia. Dengan harapan yang bersandar kepada Kristus, sifat mementingkan diri dapat disingkirkan kerana kita menaruh kepercayaan kepada Dia yang mengasihi.”

Persidangan ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan dan dipromosikan oleh Projek Komiti Kebudayaan yang diketuai oleh Kardinal Camillo Ruini. Umat beriman dan bukan Kristian dari pelbagai latarbelakang turut hadir agar memastikan “Perbincangan mengenai
ALLAH” sentiasa didebatkan dan ditekankan terutama sekali budaya sekular yang semakin meluas.

Pada hari pembukaan Sidang, Kardinal Bagnasso menyatakan, “kata-kata semangat dan sokongan Sangti Papa telah menggerakkan umat Kristian untuk terus mencari Kebenaran.”

Ucapnya lagi, “bagi umat bukan Katolik, mencari Kebenaran mungkin hanyalah satu ilusi namun bagi kita umat Kristian, di dalam proses menemui Kebenaran, ia memerlukan kita untuk ‘menyiasat’ dan menghayati Kebenaran-Nya melalui simbol-simbol serta fungsi kehidupan.”

“Pencarian Kebenaran merupakan satu elemen yang membezakan kita manusia daripada binatang atau mesin.”
— CNA

-saya ambil ini dari laman

http://www.heraldmalaysia.com/news/storydetails.php/Sifat-kemanusiaan-hancur-TANPA-Tuhan/3608-19-1

komdian copy dan paste dlm word lalu find Tuhan dan replace with ALLAH. ternyata ia boleh mengelirukan ummat Islam. Saya rasa nama Allah tak sesuai diguna dlm herald. Kita terlalu ingin menjaga hati orang lain sedangkan hati kita sudah terluka. Apa pendapat anda...kenapa pas dah jadi begitu. PAS sepatutnya menentang selepas dialog dgn kristian.!!! Kenapa PAS tak tentang???

ini hanya satun contoh copy paste find replace .... tentu artikel lain juga menyumbang lebih banyak kekeliruan. tolonglah pas... apa dah jadi, semata2 nak jaga hubungan dlm pakatan???

Note: Laman dah pulih setelah dihack - SP

-tranungkite-

Tiada ulasan: