"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Strategi Alihkan Isu Politik Terkini

mujahideen
Sepanjang tahun 2009, pelbagai isu telah melanda BN dan UMNO. Semua ini telah menghakis kepercayaan rakyat kepada BN dan UMNO secara keseluruhannya.

Apabila terbongkar satu persatu kes yang memalukan BN/UMNO, mereka beusaha sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada perkara sebenar. Inilah kepakaran UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

Maka dengan isu penggunaan nama Allah, timbul pula pembakaran gereja.Semua ini merupakan tindakan tidak bertamadun yang dicetus untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat. Nampaknya situasi ini peluang baik untuk dieksploitasi bagi menenggelamkan semua isu-isu terkini seperti kes Altantuya, Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin jet.

Pembakaran gereja ini nampaknya datang dari idea yang sinonim dengan perarakan kepala lembu untuk menimbulkan kemarahan penganut Hindu. Rakyat yang prihatin dengan situasi politik tidak sukar untuk mengagak golongan mana yang menjadi dalang dalam menimbukan keresahan di kalangan rakyat!

PAS tidak mengajar ahlinya bertindak biadap terhadap tempat ibadat penganut agama lain kerana segalanya telah jelas dalam ajaran Islam. Kita berharap pihak polis tidak mati akal dalam menangani isu keselamatan ini. Namun rakyat pasti musykil apakah jaminan yang boleh kita dapati dari pihak polis dalam keadaan pihak berkenaan juga mengalami krisis kepercayaan?

Nampaknya sekali lagi kita perlu solat hajat agar masalah ini terungkai dan semoga Allah s.w.t. menghapuskan golongan yang cuba mengharu-birukan situasi ini.

Tiada ulasan: