mazwandi
Hamba pening membaca apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya, apabila beliau beria-ia benar mahukan penyatuan umno dan PAS menjadi satu kenyataan. Sila baca disini. Sesiapa yang tidak bersetuju penyatuan umno dan PAS, maka mereka itu adalah pengkhianat Islam. Benarkah itu?
Pertamanya, perlu disebut disini, umno BUKAN parti Islam. Umno adalah parti kapitalis assobiyah Melayu yang menggunakan 'Melayu'nya hanya untuk meraih undi. Iktikad umno adalah kapitalis, iaitu menggunakan apa cara sekalipun untuk menang, kaya dan 'berjaya', tidak kira ianya haram atau halal. Menghalalkan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuan.
Monopoli sesuatu ekonomi adalah program utama umno untuk meraut keuntungan. Kronisme dibentuk oleh umno adalah bertujuan agar sesiapa yang berada di hiraki tertinggi umno akan terus kaya dan kaya manakala mereka yang berada di bawah akan sentiasa miskin dan miskin. Tujuannya hanyalah satu, untuk mengekalkan kuasa kerana orang dibawah akan terus meminta dan meminta orang di atas selama-lamanya.
Penggunaan istilah 'Hidup Melayu' dan mempertahankan ketuanan Melayu oleh umno hanyalah gimik politik chuvanis umno untuk mengekalkan kaum Melayu untu mengundi umno selama-lamanya. Tindakan sebenar umno didalam pentadbiran negaranya amat banyak merugikan orang Melayu terutama berkenaan dengan pemilikan tanah rezab Melayu yang telah dirampas oleh umno dengan secara terancang sehinggakan umat Melayu sekarang majoritinya tiada bertanah di negara sendiri hanya semata-mata untuk mengkayakan umat umno yang kapitalis itu.
Dasar ekonomi Baru yang diketengahkan oleh umno yang bertujuan kononnya untuk mengkayakan umat Melayu hanyalah juga gimik politik chuvanis umno yang sebenarnya bertujuan mengkayakan sekelompok orang melayu umno yang kapitalis agar semua harta kekayaan negara dimonopoli oleh sekelompok orang melayu yang bertuankan orang atasan umno agar hanya golongan atasan umno sahaja yang kaya-raya, manakala majoriti umat Melayu miskin supaya agar umat Melayu akan terus meinta-minta dengan golongan atasan umno untuk terus hidup dengan sesuap nasi.
Sikap kapitalis umno terus berleluasa dengan sistematik dengan mewujudkan amalan merasuah dari atas ke bawah hirarki masyarakat. Jika anda inginkan sesuatu, maka anda perlu memberi hadiah untuk mendapatkan sesuatu itu. Jika umat Melayu hendak terus hidup walau dengan kais pagi makan petang, kais petang makan malam, mereka akan dirasuah RM200 untuk terus memangkah umno. Jika tidak umno akan pastikan orang Melayu hidup merana.
Jika ada umat Melayu yang berkeinginkan sebuah negara Islam dan vokalnya kearah itu adalah lebih vokal dari umat Meayu yang lain, maka umat Melayu itu akan diseksa dan dihumban ke dalam penjara tanpa dibicara didalam mahkamah, tanpa disabitkan kesalahan dan tanpa diberi hak untuk diwakilkan peguam untuk dibersihkan diri. Inilah cara umno untuk membisukan umat Melayu supaya vokal menentang parti kapitalis ini.
Maka, oleh itu, adakah PAS yang memang sebuah parti Islam berkehendakkan untuk bersatu padu dengan parti umno yang kapitalis yang memang sah menentang Islam dan mempermainkan umat Melayu hanya semata-mata kerana hendak memegang kuasa? Adakah PAS ingin kembali bersatu dengan umno yang terang-terangan dengan secara sistematik menjahilkan umat Melayu dengan Islam agar umat Melayu sentiasa bodoh dengan ajaran Islam supaya umno akan terus berkuasa di bumi Tanah Melayu.
PAS tidak akan bersekongkol dengan parti kapitalis dan PAS tidak akan mendengar nasihat seorang manusia yang berpegang kepada mazhab yang bertanggungjawab menjatuhkan Khalifah Islam. Terlupakah anda, bahawa perkara penyatuan Islam denga kapitalis ini bukan hanya bidaah, malah lebih sesat dari itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan