wfauzdin_ns
HARI ini di Malaysiakini, Eskay membuat kenyataan mengelirukan lagi. Eskay berkata, " Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay (Malaysiakini).
Mula-mula dulu dia kata dia terjumpa kamera tersembunyi, dia buka dan terperanjat melihat Anwar melakukan adegan itu.
Beliau menjemput beberapa rakannya untuk menonton untuk mengesahkan adakah itu Anwar. Kemudiannya, dijemput beberapa wartawan dan editor akhbar menonton video hitam putih tersebut di Seri Carcosa. Ertinya, beliau mungkin tidak tahu itu adalah Anwar jika tidak menjumpai kamera tersembunyi tersebut.
Kemudian terbaru, beliau di dalam sumpahnya mengaku Anwar yang terlibat di dalam aksi tersebut kerana beliau bersama Anwar ketika kejadian. Pulak dah. Dan, hari ini seperti yang dilaporkan Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi wartawan-wartawan yang telah menontonnya membuat penilaian. Tidak disebut pula oleh Eskay, apakah penilaian wartawan itu semua? Adakah kita mendengar mana-mana wartawan yang mengesahkan lelaki itu adalah Anwar? Yang ada kita dengar, beberapa orang yang menontonnya menafikan dan tidak percaya itu adalah Anwar.
Cukuplah Eskay, banyak keterangannya yang berputar 360 darjah. Mungkin Zul Kulim yang percaya 110 % cerita putaran 360 darjah ini. Diberitakan beliau dipanggil Polis untuk siasat tentang kejadian sumpah laknat di dalam masjid. Bagaimana dengan kes menayangkan video lucah? Jangan dilupakan sudahlah./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan