
Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.

Malaysiakinidifahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.
Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.
Pintu belakang mimbar
Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.
Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri.

Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukanpenjelasan kenapa beliau berada di situ.
Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan