MUSLIM ABDUL RAZAK
ALOR SETAR, 26 April - Rata-rata rakyat Kedah yang ditemui tidak bersetuju jika Kerajaan Negeri Kedah menyambung semula rebat cukai tanah tapak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mendapat rebat selama tiga tahun iaitu sejak 2006 hingga 2008 dari kerajaan sebelum ini.
Mereka menganggap cukai itu adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat Kedah yang memerlukan. Ini tidak pula bermakna mereka tidak menghargai sumbangan pendidikan tinggi di negeri ini.

“Kerana dengan duit hasil itulah yang digunakan untuk membantu rakyat. Sedangkan rakyat biasa, peniaga, pemilik rumah juga dikehendaki membayar cukai.
“Tak patut UUM mempertikai kenaikan cukai tanah ini kerana sebelum 2006 semasa kerajaan sebelum ini pun sudah ada cukai tu. Ianya bukannya satu perkara yang boleh dijadikan isu sebenarnya.
“Saya juga bersetuju, jika kerajaan negeri kenakan cukai RM1.74 juta tu, sebabnya hasil cukai tu akan dapat dinikmati oleh rakyat,” katanya.

“Semasa pemerintahan sebelum ini, mereka tidak pernah membangkitkan isu ini tetapi bila kerajaan sekarang memerintah mereka baru nak buat kacau. Saya yakin ini semua adalah gimik pilihanraya kerana mereka tiada isu yang menunjukkan bahawa kerajaan negeri sekarang tidak pandai memerintah.
“Dan tentang isu air di UUM pula, kenapa semasa kerajaan sebelum memerintah, UUM tidak merungut pun pasal air, tetapi bila kerajaan sekarang memerintah, isu ini di bangkitkan pula?” katanya.

“Saya gembira dengan pentadbiran baru ni dan saya yakin kerajaan kerajaan negeri sekarang boleh memerintah lagi, kerana tidak ada banyak masalah, pentadbiran pun berjalan lancar, semua bebas saja, dan perayaan pelbagai kaum juga tidak diganggu,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri sekarang baru tiga tahun memerintah sudah melakukan pelbagai perubahan dan rakyat juga dapat melihat perbezaannya.
Mengikut perjanjian asal, jumlah yang perlu dibayar UUM adalah sebanyak RM1.74 juta tanpa sebarang kenaikan harga. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri masa itu meluluskan permohonan rebat oleh UUM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan