"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demo Hari Kemarahan Rakyat: Polis mula memenuhi Masjid Negara


KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Batu, Rozan Azen Mat Rasip, ditahan anggota polis di Masjid Negara sebentar tadi, sebelum dilepaskan dengan amaran.
Rozan ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau ditahan pegawai polis dan diberikan amaran supaya tidak berkumpul dalam perkarangan masjid.
“Saya diberi amaran dan kami diminta supaya jangan berkumpul dalam masjid. Tapi saya dilepaskan selepas rundingan dibuat,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat.
Menurut Rozan, beliau menganggarkan kira-kira 200 hingga 300 anggota polis kini sedang berkumpul di Masjid Negara.
AMK dan Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), hari ini merancang untuk  menganjurkan demonstrasi ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara, usai solat Jumaat, sebelum berarak ke  bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) yang terletak berhampiran.
Ia bagi memprotes tindakan jabatan itu yang dikatakan terlibat dengan acara sumpah laknat Trio Datuk T Jumaat lepas.
Sumpah laknat itu dikatakan tidak mengikut garis yang ditetapkan dalam syariat Islam dan diselar golongan agamawan.

Tiada ulasan: