"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

300 berdemo di Masjid Negara, Jawi untuk tolak fitnah


Polis cuba menghalang peserta anti fitnah memasuki bangunan Jawi
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 peserta Gerakan Saf  Tolak Fitnah (Saf)  berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara, dalam demonstrasi ‘Hari Kemarahan Rakyat’  selesai solat Jumaat sebentar tadi.
Mereka melaungkan slogan ‘tolak fitnah’, selain dilihat turut mengoyakkan akhbar propaganda milik Umno, Utusan Malaysia.
Perserta berkenaan kemudian berjalan menuju bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak berhampiran Masjid Negara.
Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.
Penganjuran perhimpunan itu turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)
Kira-kira 10 wakil dari yang terdiri antaranya Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin, Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazri Yunus, Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip, masuk ke Pejabat JAWI.
Turut hadir bekas imam  Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus.
Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid menyampaikan ucapan menyelar amalan fitnah yang semakin berleluasa
Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jawi sebagai membantah tindakan yang dilakukan Trio Datuk T, melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul Jumaat lalu.
Mereka turut menuntut supaya Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap trio berkenaan yang melakukan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, kira-kira 50 hingga 60 anggota polis beruniform, dilihat berada di sekitar perkarangan masjid.
Mereka merampas sepanduk dan mengarahkan supaya kain rentang yang dipasang peserta terbabit diturunkan. Pihak polis juga tidak membenarkan pembesar suara digunakan dalam demonstrasi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

Tiada ulasan: