"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Judin masih di JKR: Ada 2 Ketua Pengarah Kerja Raya sekarang!

WARTAWAN DETIKDAILY
Dato Ir Mohd Noor Yaakob telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya yang baru seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara dalam siaran akhbar pada Jumaat lepas. Adalah difahamkan Dato Sri Judin Abd Karim juga telah diminta menerima tawaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan)  kerana beliau perlu melapor diri pada 3 Mei 2011, tetapi apa yang berlaku pada Selasa lepas (3/5/2011) beliau tidak ke pejabat barunya seperti yang dijangkakan.

Menurut satu sumber,  Judin bercuti sakit selama tiga hari hingga hari ini (Jumaat, 6 Mei) kerana dikatakan mengalami sakit mata.

Tidak ramai yang sedar bahawa mengapa beliau tidak menandatangani penerimaan jawatan CEO CIDB.

Difahamkan juga,  beliau tidak diberi maklum mengenai terma dan syarat perlantikan ke jawatan yang lebih rendah daripada  jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya.

Pada pandangan saya, cara i Judin ditukarkan adalah sesuatu yang menyedihkan juga kerana beliau seolah-olah ditendang keluar atau dipaksa dari Kerusi KPKR yang mana sedia maklum jawatan itu sendiri adalah jawatan yang tinggi iaitu Turus III samataraf dengan Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Pengarah  Kesihatan, Ketua Polis Negara  dan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Timbul desas desus di JKR bahawa agensi itu kini mempunyai dua orang KPKR dan tidak pasti jalan penyelesaian yang segera jika Judin tidak setuju dengan tawaran tersebut.

Apa yang boleh dijangkakan adalah beilau akan ditempatkan di Kementerian Kerja Raya dengan tiada portfolio atau dengan bahasa Ingeris yang mudah akan di"cold-strorage"kan di Kementerian Kerja Raya.

Suatu yang amat malang kepada JKR setelah berusia lebih daripada 100 tahun dan  menjadi agensi teknikal terbesar kerajaan dan kini diberi amanah untuk melaksanakan projek-projek RMK 10.

Saya kira  Judin adalah yang paling layak untuk terus menduduki jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya dan pertukaran beliau boleh dikatakan pada masa dan tempat yang salah. Kejayaan dan fokus kepada kejayaan perlaksanaan projek RMK 10 amat bergantung rapat kepada satu pasukan yang kuat di alam JKR.

Tidak pasti apakah dengan pertukaran Judin akan mnyebabkan suatu perubahan lain yang akan dibuat oleh KPKR yang baru kerana sudah banyak jasa dan tenaga yang Judin curahkan di dalam JKR terutamanya Pelan Strategik JKR, mesyuarat Majlis Pimpinan tertinggi JKR dan banyak lain lagi.

Dengan  kekuatan latarbelakang akademik yang tinggi beliau telah berusaha merubah JKR kepada sistem matrik yang telah menukarkan JKR kepada suatu kaedah bekerja yang lebih dinamik dan fokus kepada disilplin masing-masing.

 Beri sokongan anda kepada judin karim di Facebook Sokong Judin Karim

Tiada ulasan: