"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Liwat II – Bukti Kenapa Taraf Universiti Negara Ini Jatuh Merudum

periapahit
Masuk hari ke lima pebicaraan kes liwat II DS Anwar semakin memalukan Negara. Dari sehari ke sehari semakin banyak perkara yang sepatutnya disembunyi oleh pihak pendakwaraya untuk menjaga kredibiliti pihak pendakwaan terpecah dengan kuasa Allah.

Hari ini ketika Dr Brian Mc Donald, pakar DNA yang dijemput oleh pihak peguambela mula menelanjangkan pelbagai pihak. Bukan hanya pihak pendakwaraya sahaja yang malu bahkan kita sebagai rakyat Malaysia juga turut malu dengan pendedahan oleh beliau.

Bermula dengan ketiadaan kelulusan ISO untuk makmal DNA Malaysia sehinggalah kredibiliti Dr. Seah Lay Hong, Saintis Forensik Malaysia jatuh merudum pada hari ini.

Berbanding isu Projek Lynas yang diulas oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Merangkap Saintis Nuklear Dr Che Rosli Che Mat yang belum lagi diulas oleh pakar-pakar nuclear luar Negara, maka kita ketepikan dahulu ulasan tersebut.

Pendedahan oleh Dr. Mc Donald menyebabkan saya tertarik untuk mencari profil Dr. Seah Lay Hong. Dari carian goggle, saya menemui pautan ini:


Berusia 53 tahun dan berasal dari Teluk Intan Perak. Dari profil tersebut, kita boleh dapati bahawa Dr. Seah membina kerjaya sebagai Medical Laboratory Technologist (Haematology and Clinical Chemistry), pada tahun 1978 dan mendapat Diploma in Medical Laboratory Technology (Haematology and Clinical Chemistry) Universiti Kebangsaan Malaysia,pada tahun 1984. Meneruskan pengajian peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kimia sehingga 1989.

Meneruskan pengajian ke peringkat Master sehingga tahun 1994 dan membuat kedoktoran (PHD) pada tahun 2000. Semasa membuat PHD, barulah Dr. Seah mengikuti jurusan forensic Kimia DNA. Tetapi kehebatan Dr. Seah terserlah kerana sejak dari 1994 – 1997 beliau telah menjawat jawatan Saintis Forensik (DNA/Serology) dengan kelulusan Master dalam Pathology sebelum membuat kedoktoran pada tahun 2000.

Kalau dilihat dari profil tersebut, kita harus mengakui bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) begitu bagus pengajiannya kerana Berjaya menghasilkan saintis forensic DNA dengan hanya kelulusan Master dalam Pathology.

Tetapi pada hari ini, kerjaya yang Dr.Seah bina sejak dari tahun 1978 sehingga kini terburai kerana terlalu taksub pada BN sehingga meninggalkan sifat professional sebagai seorang saintis forensic.

Apakah sistem pengajian di UKM dan USM yang mengajar Dr. Seah untuk membuat kajian DNA kes liwat II mengikut system yang beliau lakukan sekarang. Mengikut DR. Mc Donald, boleh dikatakan kebanyakkan tindakan Dr.Seah sewaktu melakukan kajian DNA itu tidak mengikut piawaian antarabangsa tetapi Dr. Seah masih mendapatkan jawapan kepada kajiannya berbanding pakar-pakar DNA diluar Negara yang sukar mendapatkan jawapan kerana DNA telah tercemar. Begitu bagusnya UKM dan USM dalam memberi pelajaran dalam bidang ini kepada Dr. Seah sehingga PAKAR DNA pun tak dapat lakukan apa yang Dr.Seah boleh lakukan.

Sepatutnya UKM dan USM diberi penarafan yang lebih tinggi dalam kedudukan Universiti Terbaik Dunia kerana sudah terbukti dapat menghasilkan seorang saintis forensic yang lebih berwibawa dari Pakar DNA Australia. Bahkan dengan ketiadaan kelulusan antarabangsa makmal DNA yang dikawal selia oleh Dr.Seah, beliau masih mampu memberi kajian DNA kepada mahkamah Malaysia.

Saya secara peribadi berharap Dr. Seah diberi gelaran Datuk oleh mana-mana negeri yang dikuasai oleh BN kerana kemampuan pencapaian Dr.Seah adalah standing dengan pencapaian Datuk Nicole David (Tenis) dan Datuk Lee Chong Wei (Badminton). Cuma perbezaanya ialah Datuk Nicole dan Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama Malaysia dimata dunia manakala Dr.Seah pula membusukkan nama Malaysia dimata dunia.

Jadi tidak hairanlah kenapa taraf universiti di Malaysia semakin merudum kedudukannya di rangking dunia. Juga tidak hairanlah kenapa Najib dan menteri-menteri lain berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar Negara sebab mereka tahu university tempatan akan hanya menghasilkan graduan setaraf Dr. Seah sahaja.

Tujuan artikel ini saya tulis bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak terutama Dr. Seah atau UKM mahupun USM. Perlu diingatkan bahawa kes DS Anwar Ibrahim merupakan kes tumpuan dunia dan bukan hanya saya seorang sahaja yang membuat penyelidikan begini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang ingin mengenali Dr. Seah Lay Hong akan membuat carian goggle dan akan menemui pautan seperti diatas. Sepatutnya, profil tersebut akan menjadi satu profil berharga jika Dr.Seah mengutamakan profesionalisme dalam tugas beliau berbanding mengikut telunjuk kerajaan yang memerintah. Disebabkan itu maka profil tersebut menjadi bahan ejekan satu dunia disamping merendahkan lagi taraf UKM dan USM dalam rangking university dunia.

Fikir-fikirkalah berbaloi tak kerjaya yang dibina puluhan tahun hancur dalam.

Tiada ulasan: