"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bendera Pas, Terengganu berkibar di Tripoli?

Ustaz Saiful Bahri

Bendera merah, hijau serta hitam bulan bintang berkibar gagah di Libya dan khususnya dibandar Tripoli. Apatah lagi di medan yang pernah dijadikan Ghadafi sebagai medan Negara untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada beliau kini sudah ditawan dan dikibarkan bendera baru iaitu bendera perjuangan Majlis Peralihan Kebangsaan. 

Nampaknya perjuangan pembangkang di Libya mula menampakkan hasil. Setelah enam bulan kempen untuk menjatuhkan Ghadafi, hari ini barulah usaha tersebut berjaya. Pasukan pembangkang telah memasuki wilayah Tripoli dan mengistiharkan pelucutan jawatan Ghadafi.


Pemimpin pembangkang Libya yang merupakan bekas menteri undang-undang kini adalah pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan., Mustafa Abdel Jalil mengisytiharkan berakhirnya era pemerintahan Kolonel Muaamar Ghadaffi dengan pengambilalihan ibu negara, Tripoli.


Mustafa berkata, beliau berharap bekas pemimpin Libya itu akan berjaya ditangkap hidup-hidup bagi membolehkannya dibicarakan secara adil. Bercakap dalam sidang akhbar khas, Pemimpin pembangkang itu turut mengucapkan syabas kepada seluruh penduduk Libya di atas kejayaan bersejarah mereka itu. Ianya kejayaan perjuangan rakyat.


Sehingga saat ini, Muaamar Ghadafi masih belum ditemui walaupun laporan awal mengatakan dua orang anaknya termasuk Seif al-Islam telah pun ditahan oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan.
Diharapkan kejatuhan satu lagi tirani sekular yang berkuasa di Libya dengan agenda sosialismenya itu dapat menyuntik kebangkitan rakyat bukan hanya di negara arab tetapi juga diseluruh negara umat Islam. Selapas Ali Zein Abidin, Mubarak, Ghadafi dan sedang menanti Ali Solah di Yemen.


Kibaran warna bendera Pas dan warna bendera Terengganu itu diharapkan dapat memberi semangat kebangkitan khususnya kepada pejuang Pas di Terengganu agar berjaya mengebarkan bendera Pas di Wisma darul Iman dalam pilihanraya 13 nanti InsyaAllah. 

Tiada ulasan: