"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima tentera Malaysia jadi perompak, Panglima ATM jawab

amkns

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita seorang askar berpangkat staf sarjan telah ditembak mati oleh spesukan anggota polis dalam satu kes cubaan rompakan di sebuah kafe siber berhampiran ibu negara. Manakala rakannya juga seorang tentera yang cedera telah ditahan. Seterusnya polis telah menahan tiga orang lagi saspek berkaitan kes tersebut yang juga merupakan anggota tentera.

Apa sudah jadi dengan Angkatan Tentera Malaysia? Panglima ATM harus membuat kenyataan mengenai isu ini.

Jangan anggap kes ini terpencil hanya 0.003 peratus yang terlibat jika diambil kira jumlah anggota tetap, simpanan dan para 170,000 orang semuanya.

Jika SPR dengan kesilapan 0.0001 peratus dalam senarai daftar pemilih hendak ditubuh Suruhanjaya Penambahbaikan, takkan ATM dengan 0.003 peratus hendak disenyapkan.

Kenapa seorang anggota tentera berpangkat staf sarjan sanggup melakukan rompakan bersenjata? Adakah pistol otomatik jenis Glock yang digunakan tentera tersebut milik ATM? Jika milik ATM bagaimana ianya boleh dibawa keluar bukan waktu bertugas, bukan waktu darurat, bukan waktu operasi, oleh seorang staf sarjan bukan seorang pegawai tentera?
Kisah sebelum ini : Polis tembak mati askar dalam cubaan merompak di http://amkns.blogspot.com/ 

1 ulasan:

hussin berkata...

bekas anggota tentera yang mendedahkan maklumat undi pos adalah 'pengkhianat'.

anggota tentera yang masih berkhidmat merompak adalah wira, gamaknya?

pat perlu beri tumpuan untuk 'menjaga' askarnya bukan jaga umno!