"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR rugi besar sekiranya Pakatan berpecah

Hazlan Zakaria
Sekiranya pembangkang di peringkat persekutuan Pakatan Rakyat berpecah dengan menurut jejak Barisan Alternatif, PKR dilihat bakal rugi besar berbanding DAP dan PAS.

Ini kerana DAP dilihat telah banyak meraih untung daripada kerjasama yang terbentuk manakala PAS tidak meraih apa-apa, baik untung atau sebaliknya.

Keretakan di dalam Pakatan dilihat telah lama berlaku dengan krisis MB Selangor mengeruhkan lagi keadaan. Ia secara rasmi telah membawa kepada kenyataan dari pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada 8 Disember bahawa Pakatan telah agak lama menyepi.
Lim menjelaskan tiada mesyuarat dijalankan di antara pucuk pimpinan gabungan tersebut selama hampir enam bulan. Sambil itu beliau juga mengeluh kerana kerangka dasar kerjasama Pakatan dilihat tidak wujud lagi.

Pendek kata, Lim berkata bahawa perjalanan enam tahun gabungan tersebut bakal tamat dengan kemelut yang melanda hubungan PKR, DAP dan PAS. Pada masa yang sama, presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dilihat dipersalahkan.

Lim mendakwa Hadi memecahkan kerjasama dengan keengganan beliau bersetuju menamakan Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan MB Selangor selepas mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan PKR.

Begitupun, barangkali kerangka dasar kerjasama mereka telah lama berkubur semenjak naib presiden PKR yang juga bekas menteri persekutuan Datuk Zaid Ibrahim bertindak keluar parti dan mencoret pandangan melalui blognya.

DAP juga dilihat pihak yang mula-mula keluar daripada kerjasama Pakatan dengan keputusan 2-1 berhubung hukum hudud dan dasar kerajaan Islam. PAS ketika itu menyokong sambil PKR dilihat bersetuju dengannya. DAP bagaimana enggan turut sama.

Pakatan berjaya mengelakkan kemelut dengan berkata, mereka bersetuju agar tidak bersetuju namun bibit-bibit keretakan telah kelihatan.

Lim boleh sahaja merungut tentang terkuburnya Pakatan, tetapi pada masa yang sama mungkin tidak banyak yang akan disesalinya.

Pihak yang paling terjejas kelak mungkin PKR dan bukannya DAP mahupun PAS.

PKR bakal kehilangan hak menerajui kerajaan negeri Selangor kerana dengan 13 kerusi, ia tidak mendapat kepercayaan di kalangan rakyat mahupun Sultan Selangor.

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak dapat diselamatkan lagi, tentunya Azmin Ali menjadi MB Selangor dari PKR yang terakhir.

PAS memiliki 15 kerusi manakala DAP mempunyai jumlah yang sama. Sekiranya ia bekerjasama dengan Umno (dengan 12 kerusi), gabungan itu mampu membentuk kerajaan campuran. PKR mungkin terpaksa merayu kepada bekas sekutunya itu.

Dengan sikap ego, tentunya segalanya bakal hancur. Namun Selangor dilihat mampu jatuh kepada PAS atau DAP dengan wujudnya pihak yang melompat parti. Atau mungkin ahli PAS yang bakal melompat ke PKR atau gabungan PKR-Umno.

Tanpa negeri itu, PKR akan kehilangan kekuatan dan pengaruhnya. Ia mungkin kembali menjadi parti tiada kredibiliti.

PKR sememangnya dari dulu lagi dianggap anggota paling lemah di dalam Pakatan Rakyat, walaupun memainkan peranan penting menjalinkan hubungan PAS dan DAP.

Sekiranya Pakatan satu konsert muzik, DAP seumpama alat pembesar suara dan pengurus peralatan, manakala PAS menyumbang tenaga kerja, keselamatan dan pesertanya. PKR pula membawa bintang penghibur ke pentas konsert.

Namun sekiranya Datuk Seri Anwar dipenjara, kehilangannya bakal menjejaskan PKR terutama kerana presiden parti Wan Azizah tidak mampu mengambil alih peranan yang digalasnya.

Kerana peranan Anwarlah Selangor diberi kepada PKR oleh PAS dan DAP.

Maka dengan ketiadaannya, tidak perlu lagi bagi DAP dan PAS menyumbang kepada kemenangan PKR di Selangor.

PKR telah memberi maklumbalas terhadap kenyataan Lim apabila Wan Azizah berkata, kerjasama akan dipulihkan terutamanya di peringkat akar umbi.

DAP bagaimanapun dilihat ampuh di Pulau Pinang dengan 19 kerusi DUN berbanding 10 yang dimenangi Barisan Nasional, 10 PKR dan 1 PAS. PKR tentu perlu berusaha gigih menewaskan Umno di beberapa kubu kuatnya.

Dalam masa yang sama, DAP juga semakin mencongak peluangnya di Sabah dan Sarawak serta semakin diterima di Melaka, Negri Sembilan dan Johor. Tanpa Pakatan, ia tentu mampu bergerak sendirian.

Di Sarawak DAP galak dengan usaha menjayakan Impian Sarawaknya di samping menggandakan usaha di Sabah.

Bagi PAS pula, kerjasamanya di dalam Pakatan telah menarik minat sebilangan penganut bukan Islam melalui slogan PAS untuk Semua. Namun tidak ada peningkatan mendadak dilihat di dalam sokongan kepadanya.

PAS kekal mengharapkan undi dari kalangan orang-orang Melayu walaupun sedikit berjaya di kawasan pengundi bukan Melayu.

PAS bagaimanapun menyebabkan beberapa masalah kepada Pakatan dengan berlakunya pergeseran di antara pihak ulama dan kumpulan progresif. Pergeseran inilah yang menambah kekalutan kemelut MB di Selangor dahulu.

Ternyata PAS bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu sekiranya Pakatan Rakyat berpecah. Bagaimanapun, ia masih sukar digugat di Kelantan.

Bagi PKR pula, sekiranya ia gagal keluar daripada bayang-bayang Anwar, masa depannya agak kelam. Pepatah berkata "jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."

Pakatan kini masih tercari-cari formula bagi merealisasikan hasrat menerajui Putrajaya, namun ia perlu menilai kembali impian yang dimiliki ketiga-tiga parti, selain daripada perasaan bencikan Umno semata-mata.

Amat menyedihkan sekiranya Pakatan berpecah kerana ia mula tampak gabungan berkaliber sejak ditubuhkan pada 1 April satu ketika dahulu.

Mungkin ia hanya satu jenaka kasar, atau mungkin mereka benar-benar mampu membawa harapan baru untuk negara. Apa agaknya masa depan mereka bersama? 
- theantdaily.com

Tiada ulasan: